Memaparkan catatan dengan label Insan Kesayangan An-Nisa'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insan Kesayangan An-Nisa'. Papar semua catatan

Mencari Tempat Untuk Berteduh



Orang Yang Dapat Berteduh Di Padang Mahsyar

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).

Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -

"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:

1.Penguasaan pemimpin yang adil.

2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4.Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

7.Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim).

Sudahkah saudara memikirkan di mana di antara tempat yang 7 ini yang dapat saudara berteduh?

Renung-renungkan...

~Khairunnabilah~


ni namenye Khairunnabilah...
adik aku yang kedua... berumur 18 tahun...kami sekeluarga panggil dia ni adik je...sebab jarak antara dia dengan adik aku yang ketiga 5 tahun...ingatlkan dah tak dapat adik dah...hehehehhe....=D
dia ni baru je habis SPM....tengah tunggu panggilan ke IPT la sekarang....adik aku ni pandai menjahit...heheh...sebab dia ambil kos fesyen kat sekolah dulu....mungkin sebab tu memang minat dia dari dulu lagi....
dia ni merupakan satu-satunya adik perempuan aku....for sure la aku aku sangat sayangkan dia....
tapi aku tak pernah membezakan sayang terhadap semua adik-adik aku...
kadang-kadang ada jugak marah-marah adik-adik aku....
tapi marah aku bukan bererti benci...marah aku adalah untuk kebaikan adik-adik yang amat aku sayangi...
tak pernah terlintas dalam lubuk hati aku untuk membezakan sayang antara mereka....tak pernah jugak terlintas dalam hati aku untuk membenci mereka....
segala yang aku lakukan adalah untuk mereka...sejujurnya,aku belajar untuk mereka, aku risau untuk mereka,marah juga untuk mereka...
aku mengharapkan aku dapat membantu adik-adik aku di masa akan datang....
diharap adik yang yang sorang ni dapat mengejar cita-citanya sehingga berjaya....semoga menjadi anak yang baik, semoga perjalanan hidupnya sentiasa diredhai Allah...semoga berjaya selama-lamanya di dunia dan akhirat....

~Khairul Izwan~



yang sebelah Iman ni pulak adik aku yang ke tiga....

Khairul Izwan....

kami panggil dia Izwan je....Berumur 13 tahun....masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling....

Izwan ni pun suka melawa jugak... suka sangat bergaya....heheh=D kadang-kadang lawak tengok adik-adik aku ni...

mesti semua orang pelik,kenapa adik aku ni umur 13 tahun tapi still di sekolah rendah...sebenarnya adik aku ni special sikit.... dia ada masalah disleksia....sekali tengok,Izwan macam budak-budak lain....tapi sebenarnya,Izwan duduk dalam kelas pendidikan Khas...

mungkin ramai yang tak faham masalah ni...dan mungkin ramai juga ibu bapa yang tak dapat terima hakikat anak mereka ada masalah...tapi tidak mak dan abah aku...

banyak tenaga,masa dan juga wang dihabiskan bagi mengenalpasti masalah Izwan...Setahun berulang alik ke hospital setiap minggu...barulah masalah ini dapat dikenal pasti...akhirnya doktor mengesahkan Izwan ada masalah Disleksia...kecelaruan visual...Izwan dimasukkan ke Kelas Pendidikan Khas atas kebenaran Mak & Abah....

ramai yang cakap Abah bodoh...sebab masukkan Izwan ke kelas Pendidikan Khas....sebab tak hantar Izwan masuk sekolah menengah...sememangnya itu yang Abah nak...siapa yang sanggup bairkan anak belajar di sekolah rendah sedangkan dia sepatutnya bersama kawan-kawan sebanyanya di sekolah menengah.... biarkan anak di kelas Pendidikan Khas pulak tu...siapa yang sanggup biarkan anak-anak diejek rakan sebanyanya...

tapi abah & mak ada cita-citanya sendiri terhadap Izwan...daripada tak tahu membaca langsung,kini Izwan dah pandai membaca,menulis,mengira walaupun tak selancar remaja sebayanya...

kini,Izwan banyak menjadi johan olahraga, bola sepak dan juga futsal Zon Bangsar....Dia juga ditawarkan ke sekolah sukan....

terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Khas Sekolah kebangsaan Desa Petaling yang telah banyak membantu Izwan....

aku juga menaruh harapan yang besar terhadap adik aku yang ketiga ini...semoga segala-galanya berjalan lancar untuknya...semoga dia menjadi manusia yang berguna dan berjaya selama-lamanya di dunia dan akhirat...

aku harap Izwan akan menjadi anak yang baik...yang mengenang jasa kedua ibu bapa...telah banyak yang mak dan abah lakukan untuknya....

along sayang iwan sangat-sangat....

~Khairul Iman~



Ni Khairul Iman....


budak kecik dalam gambar ni merupakan adik aku yang ke empat...
berumur 8 tahun...budak ni manja sangat...sebab anak bongsu....


sekarang ni bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling... die ni tak suka minum nescafe....suka sangat makan sambal udang....
die ni suka sangat tiru aku & adik perempuan aku....
kalau kami pakai minyak wangi,dia pun nak pakai...
kalau kami pakai krim muka dia pun nak pakai...
lawak budak ni....

tapi, dia seorang yang penyayang....mungkin disebabkan dia merupakan anak bongsu...dibesarkan dengan penuh kasih sayang...

tapi, benda yang paling dia sayang mainan dia la...budak -budak katekan....=)
semua mainan dia tersimpan elok dalam kotak mainan tu sendiri....heheh...

bila dia abis main,dia akan simpan balik mainan tu dalam kotak dia balik...jarang budak kecik nak buat macamni....

pastu dia akan display mainan dia dalam almari kaca... bila ada budak lain datang rumah,nak ambil mainan dia,mulala nak nangis....hahah...

pernah aku hadiahkan dia bear patrick...sebab dia nak and suka sangat patrick......dah dekat 2 tahun bear tu...

tapi dia still simpan patrick tu dalam plastik...
bila dia rasa nak pegang...dia akan buka plastik,peluk patrick tu...cium sikit2...
then simpan balik dalam plastik....heheh....

aku sayang adik aku ni sangat2...semoga dia menjadi anak yang baik, bertanggungjawab,
dan mengenang jasa kedua ibu bapa...

semoga dia akan menjadi insan yang berjaya dan berguna selama-lamanya didunia dan akhirat....
aminnnn.....

~God Please Give My Grandfather A little Strongger~

terasa masa berlalu dengan begitu pantas....sedar tak sedar aku akan melangkah ke umur 22 tahunpada tahun ini....

detik masa yang berlalu menjadikan aku seorang manusia yang semakin matang dalam mengenal erti hidup...


semakin lama aku hidup, semakin aku kenal erti kehidupan,semakin takut juga aku untuk meneruskan perjalanan...

hari ini, hati aku terlalu rindukan tok dan juga tok wan...aku call fatin,sepupu aku...selain bertanyakan khabar dan juga persiapannya untuk pergi temuduga guru pendidikan khas kat UKM,aku mengambil kesempatan untuk bertanya khabar tok dan tok wan...

sepatutnya aku balik ke kampung minggu ni, melawat tok dan jugatok wan....tapi ada jamuan kelas pulak esok... lagi pun fulus tak berapa nak mengizinkan...huhuhu....=(

aku sembang dengan tok...terasa ada riak sedih pada suara tok...=(tok tengah masak nasi time tu...aku tanya tok masak lauk ape...aku lupa yang tok cuma boleh makan ikan bakar...sebab tak boleh makan benda berminyak...suara tok sedih bila bagitau aku tok cuma boleh makan ikan bakar....=(

aku sembang dengan tok wan pulak...aku pun sengal, pegi tanya tok wan tengah buat apa...sememangnya aku tau tok wan hanya boleh berbaring atas tilam saja...tok wan dah hampir setahun terlantar,sebab diserang strok...sejak itu,hidupnya berubah...daripada seorang yang selalu keluar berjalan-jalan, sembang di kedai kopi dengan kawan-kawan walaupun tok wan aku sebenarnya seorang yang kudung sebelah kakinya...sebab kemalangan beberapa tahun dulu...

kini,hidup tok wan sepi....hanya ditemani tok maklang,paklang,fatin, faiz yang sentiasa setia menemani tok wan...kadang-kadang pak jang dan mak jang balik tengok tok wan...cik dan pak cik juga selalu balik kadang-kadang....tapi keluarga aku je yang susah sikit nak balik selalu...sebab kami tinggal jauh daripada mereka...

dulu masa mula-mula tok wan sakit, hampir setiap minggu mak dan abah balik ke kampung...dari KL ke kedah... tapi, sekali balik dah habis dekat seribu...minyak,tol, makan minum kat kampung, ubat tok wan...akhirnya,mak terpaksa balik sebulan sekali...bila dapat gaji...bukan tak nak balik selalu...bukan wang menjadi ukuran...tapi aku faham,famili juga faham yang jarak memisahkan mak untuk menjaga kedua ibu bapanya....tapi mak tak pernah lupa untuk telefon ke kampung,kirim duit untuk tok dan tok wan....

mak selalu ingatkan aku untuk selalu telefon tok dan tok wan... mak selalu ingatkan aku pengorbanan tok wan dan tok pada aku...mak tak nak aku jadi cucu yang lupakan mereka....

aku merupakan cucu pertama tok dan juga tokwan...segala kasih sayang dicurahkan pada aku...aku sentiasa disayangi oleh pakcik dan juga makcik...sebab aku cucu pertama...
dulu, tok wan sentiasa tunaikan segala permintaan aku...bila aku mintak mainan,tok wan akan pergi pekan belikan untuk aku...walaupun tok wan terpaksa bertongkat pergi ke pekan...tok wan tak pernah mengeluh dia penat...

tok wan seorang yang kuat...tak pernah sekali pun aku dengar towan merungut,tak pernah sekali pun tokwan putus asa sebab dia tak ada kaki macam orang lain...

bila aku umur 2tahun, abah bawak aku tinggal di KL...tokwan tak bagi mula-mula...tapi terpaksa lepaskan aku, sebab abah lebih berhak...kerap kali towan dan tok datang ke KL...naik keretapi...bayangkan...betapa jauh tokwan kena bergerak dengan tongkat untuk datang ke KL...

bila kami balik ke kampung, tok wan akan mengeluarkan belanja yang besar semata-mata nak bagi kami makan yang sedap-sedap...bukan sikit tok wan beli,kadang-kadang tak habis makan pun....

sampailah satu masa, tok wan pergi kedai makan, sembang-sembang dengan kawan-kawan...tokwan tertidur di situ, bila bangun...tok wan menangis...

kawan tokwan datang rumah panggil tok...tok pergi kedai tu, tok tanya kenapa tokwan menagis..."aku tak boleh bangun" tok wan jawab dengan mulut yang hampir tidak boleh digerakkan...rupa-rupanya tokwan lumpuh diserang strok...

tokwan dimasukkan ke hospital...tak boleh makan,sampai doktor terpaksa masukkan tiub untuk bagi tokwan makan...akhirnya dibenarkan pulang...tapi keadaan tokwan still macamtu...terbaring diatas tilam je...makan pun orang yang suapkan...pakai pampers...macam aku kecik-kecik dulu...nak bangun pun terpaksa diangkat...mandi pun orang yang mandikan...

aku teringat pengorbanan tokwan dulu...dulu tokwan suapkan aku makan, mandikan aku..pakaikan aku lampin...sekarang, kami pulak yang buat macam tu kat tokwan...kadang-kadang aku tak boleh buat semua tu...

aku tak sanggup tengok tok wan macamtu...aku sedar yang muda pasti akan tua,yang sihat pasti akan merasa sakit...tapi aku tak sanggup tengok tokwan macamtu..aku tak kuat...
tok wan tak patut jadi macamtu....towan tak layak untuk terbaring diats tilam saja...

tokwan semakin hari semakin tua...tok juga begitu...aku tak sanggup nak melihat mereka semakin tua...aku amat sayangkan mereka...andainya diberi pilihan...biarlah aku yang pergi dulu sebelum mereka,supaya aku takkan menghadapi saat-saatuntuk melihat mereka pergi...

Tuhan...berikanlah sedikit lagi kekuatan untuk tokwan meneruskan hidup dengan gembira...Tuhan,kurangkan lah kesakitannya...kurangkanlah penderitaannya...kurniakanlah dia kegembiraan selama-lamanya didunia dan akhirat...Tuhan...berikanlah dia harapan...sebagimana harapan diberikan ketika kakinya"kau" ambil dahulu...kuatkanlah dia Ya"Allah....
berikanlah kami kesempatan untuk membahagiakannya, membalas segala pengorbanannya...

God please give my grandfather a little strongger......=(-

bee

Minggu ni merupakan minggu ke 3 praktikum....
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan baiknya...
cuma, aku kurang hepi hari ini... hurmmm...sebabnya, b terabai lagi...
kesian b...tak tau b tu sapa??? heheh... b tu my hubby la...
insan teristimewa dalam hidup nisa'...
Alhamdulillah...Allah kurniakan b sebagai salah satu
anugerah yang terindah dalam kehidupanku...
semalam...
b terabai lagi...
sebenarnya rindu yang teramat sangat pada b...
tapi nak buat macam mana...
keadaan sekarang tidak mengizinkan aku untuk
meluangkan masa yang sepatutnya bersama b...
maafkan saya b...