Memaparkan catatan dengan label Diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diriku. Papar semua catatan

Selamat Jadi Cikgu~,~

CIKGU DULU DAN CIKGU SEKARANG.

Dulu.
Apabila sebut pasal cikgu
Ramai yang ingin buat menantu
Sebab cilgu pilihan no 1
Memang tak sempat umur 21...

Cikgu dulu
Pergi subuh balik pukul 1
Pergi sekolah berbatu batu
Niat di hati hanya satu
Supaya murid mendapat ilmu...

Sekarang
Apabila sebut pasal cikgu
Orang buat tak tahu
Malah ada yang malu
Hanya kerana gelaran cikgu
Sebab cikgu ini,banyak yang pilu...

Cikgu sekarang
Bukan macam cikgu dulu
Pegang rotan murid pun berlalu
Malah dibuatnya perangai hantu
Ada juga yang lontar batu...

Sebab itulah ramai cikgu
Yang mati kutu
Ada juga yang jadi tak menentu
Penghuni Tanjung Rambutan
Sudahnya tentu,
Gara-gara murid yang macam hantu...

Tapi cikgu tetap macam itu
Mengajar murid tugasnya no 1
Biarpun melalui jalan berliku
Kerana telah terpikul
Amanat cikgu...

~Selamat jadi cikgu buat semua guru-guru pelatih IPGM-KSM Semester 8 yang bakal menamatkan pengajian...~

Meniti Hari-hari Akhir...di IPG-KSM


2 November 2010...

tinggal satu paper jek lagi sebelum kami meninggalkan alam pengajian ini...hampir 13 hari sahaja lagi di IPG tercinta ini...meniti hari-hari akhir bersama teman2..majalah Cakna pun dah keluar hari ni...
macam2 rasa yang ada dalam diri sekarang...sedih, gembira, berdebar...macam-macam...kenangan selama hampir 5tahun 5 bulan di sini pasti akan sentiasa segar dalam ingatan...
buat teman-teman seperjuangan...terima kasih kerana telah sudi mewarnai dunia ku di sini... walaupun ada cerita suka, duka, pastinya kita akan merindui detik itu...
semoga perjalanan kita bukan sekadar di sini...teruskan perjuangan agar menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang...
maafkanlah segala kesalahan saya selama bersama kalian....
alhamdulillah..
aku telah menjalani sesi praktikum di sekolah kebangsaan Pusat Jerteh...
kali pertama menjejakkan kaki di sekolah tersebut aku merasa sangat teruja untuk menjalani latihan perguruan di sini... sekolah ni agak besar kerana bangunannya hanya 1 atau 2 tingkat sahaja...selain itu, sekolah ini jugak bersebelahan dengan pusat latihan guru...tu yang nampak macam besar sangat sekolah ni... mula2 sampai, aku dan jugak kawan2 terus je melaporkan diri di pejabat Guru Besar...seram jugak nak jumpa guru besar...maklumlah,baru 1st time praktikum...rupa-rupanya guru besar sekolah ni perempuan, terus je datang dalam kepala aku n "kawan" maybe, yang guru besar ni cerewet dan tak best....
tapi, 1st impression tak semestinya betul..Rupa-rupanya Guru Besar ni sangat-sangat bagus... Sangat-sangat mengkagumkan aku...=P beliau telah mengalu-alukan kedatangan kami semua di sekolah ini...orang kata menerima dengan tangan terbuka walaupun kami akan sedikit menyusahkannya...heheh...
after taklimat,kami pun diberikan jadual waktu masing-masing...oleh Penolong Kanan...kat situ dah nampak ciri-ciri kepimpinan Guru besar n orang kanannya...sikit demi sedikit aku mula menjadikan Guru besar sebagai idola aku...cara dia bercakap,senyum, bergaul dengan kakitangan...semualah...pendek kata setiap inci perbuatan dia aku tengok....kalau dia ada depan akula...tak de lah sampai nak pergi mengendap dia...=D
rupanya guru besar aku ni ada kaitan dengan golongan-golongan bangsawan...patutlah nama dia ada engku...hurm,tapi apa2 apa pun aku sangat bersemangan untuk mengajar di sekolah ni...
semoga Allah permudahkan segala urusanku...amin...

An-Nisa'

alhamdulillah...
akhirnya aku telah berjaya mencipta blog ini dengan usaha sendiri dan juga insan yang ku sayangi...
aku merupakan seorang wanita....nisa'....
merupakan seorang insan yang ku kira amat bertuah di dunia ini...
aku dikurniakan pelbagai nikmat hidup oleh Allah SWT...
alhamdulillah...
segala-galanya serba mencukupi bagi ku...
Abah,mak,adik2,makngah,datuk,nenek serta makcik dan juga
pakcik yang amat menyayangiku...
aku juga merupakan seorang bakal guru...alhamdulillah...
aku amat bertuah...setelah hampir 22 tahun menghirup udara
segar ciptaan Allah ini,
aku sedar, segala kebahagiaan dunia tidak akan kekal lama...
semua yang aku ada pada hari ini hanyalah pinjamanNya...
oleh itu, sedarlah wahai nisa'...berusahalah menuju ke jalan Allah...
ikhlaskan hati, kuatkan semangat, dan tabah menenpuh segala
dugaan yang mendatang...