Memaparkan catatan dengan label Interesting Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Interesting Story. Papar semua catatan

~Hari Kiamat~

Gambaran Hari Qiamat


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Mencari Tempat Untuk Berteduh



Orang Yang Dapat Berteduh Di Padang Mahsyar

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).

Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -

"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:

1.Penguasaan pemimpin yang adil.

2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4.Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

7.Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim).

Sudahkah saudara memikirkan di mana di antara tempat yang 7 ini yang dapat saudara berteduh?

Renung-renungkan...

~Ketika Aku Sudah Tua~


Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang dulu... Mengertilah,bersabarlah sedikit terhadap aku....

Ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat tali kasut,ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu....

Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarnya, janganlah memutuskan pembicaraanku...

Ketika kau kecil, aku selalu harus mengulang cerita yang telah beribu-ribukali kuceritakan agar kau tidur....

Ketika aku memerlukan mu untuk memandikan ku, janganlah kau marah padaku.
Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi???

Ketika aku tak paham sedikit pun tentang teknologi dan hal-hal baru, janganlah engkaumengejekku.Pikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu...

Ketika aku tidak dapat berjalan, hulurkanlah tanganmu yang masih kuat untukmemapahku....Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil...

Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untukmengingati nya...Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kaudisamping mendengarkan, aku sudah sangat puas...

Ketika kau memandang aku yang mulai menua, janganlah berduka...Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan....

Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang temani aku menjalani sisa hidupku...

Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur,
dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu....

~Cinta Seekor Cicak~



Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku. Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina. Apa yang terjadi?
Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!
Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan.kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan dimulutnya.... AHHHH! Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu.Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun.Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan. Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih,saudara lelaki, saudara perempuan.....
Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh mana jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

Kisah ini berasal dari Jepun

~Si Pencuri Kueh~

Seorang wanita sedang menunggu di airport suatu malam.Masih ada beberapa jam sebelum jadual penerbangannya tiba.Untuk membuang waktu, ia membeli buku dan sebungkus kueh di foodcourt lalu mencari tempat untuk duduk.
Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru saja dibelinya. Dalam keasyikannya membaca buku ia melihat lelaki disebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kueh yang berada diantara mereka.
Wanita tersebut cuba mengabaikan agar tidak terjadi keributan.Ia membaca, mengunyah kueh dan melihat jam.Sementara si Pencuri Kueh yang berani itu terus menghabiskan kuehnya. Ia semakin kesal sementara minit-minit terus berlalu.
Wanita itupun sempat berfikir Kalau aku bukan orang baik, sudah ku ajar dia! Setiap ia mengambil satu kueh, Si lelaki juga mengambil satu.
Ketika hanya satu kueh tersisa, ia bertanya-tanya apa yang akan dilakukan lelaki itu. Dengan senyum tawa diwajahnya dan tawa gugup, Si lelaki mengambil kueh terakhir dan membaginya dua. Si lelaki menawarkan separuh miliknya, sementara ia makan yang separuhnya lagi.
Si wanita pun merebut kueh itu dan berfikir ‘Ya Allah orang ini berani sekali, dan dia juga kasar, malah ia tidak berterima kasih’.
Belum pernah rasanya ia begitu kesal. Ia menghela nafas lega saat penerbangannya diumumkan. Ia mengumpulkan barang miliknya dan menuju ke pintu gerbang. Menolak untuk menoleh kepada si “Pencuri yang tak tahu bterima kasih!”.
Ia naik pesawat dan duduk di kursinya, lalu mencari bukunya, yang hampir selesai dibacanya. Saat ia memunggah handbegnya, ia menahan nafas dengan kesal. Disitu ada plastik kuehnya, di depan matanya.
kueh milik ku ada di sini erangnya dengan patah hati,Jadi kueh tadi adalah miliknya dan ia mencuba untuk berbagi.Terlambat untuk minta maaf, ia tersandar sedih. Bahawa sesungguhnya dialah yang kasar, tak tahu terima kasih dan dialah pencuri kueh itu.
Dalam hidup ini kisah pencuri kueh seperti tadi sering terjadi. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kaca mata kita sendiri/subjektif serta selalu kita berprasangka buruk terhadapnya.
Orang lainlah yang selalu salah,orang lainlah yang patut disingkirkan,orang lainlah yang tak tahu diri,orang lainlah yang berdosa,orang lainlah yang selalu buat masalah,orang lainlah yang patut diberi pelajaran.
Padahal…..???kita sendiri yang mencuri kueh tadi, padahal kita sendiri yang tidak tahu malu. Kita sering mempengaruhi, mengomentari, mencemoh pendapat, penilaian atau gagasan orang lain sementara sebetulnya kita tidak tahu betul permasalahannya.

~Doa Untuk Kedua Orang Tua~

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya
Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin....

love-love-love....







" Kuntuman rindu tiadakan berkembang di perkarangan hidup bila orang yang dicintai berada di hadapan mata. Ia akan merungut apabila saat perpisahan mengukir realiti. "



" Biarpun seribu kali kasih melukai hati kita, tapi jangan sesekali kita, kerana suatu hari pasti dia akan menyesal mengenangkan kebaikan dan kesabaran kita setelah orang lain melukai


hatinya. "



" Cinta tanpa cemburu ibarat sayur tanpa garam begitu juga cinta tanpa pengertian dan diringi kesetiaan ibarat cinta permainan perasaan. "



" Cinta sejati memang mengasyikkan. Tanpa cinta sejati yang lahir dari hati nurani maka pincanglah cinta. Cinta sejati perlukan pengorbanan, kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan persefahaman di antara satu sama lain agar kekal selamanya. "



" Cinta pertama sukar dilupakan dan dipisahkan, cinta kedua sukar diterima dan dipercayai, cinta ketiga sukar diakhiri dan diputuskan. Cinta tidak semestinya bersatu - 'satu' malah beribu-ribu. "



" Cinta ibarat sebuah pelayaran. Sama ada ia akan sampai ke seberangnya atau karam di tengah-tengah lautan. Oleh itu, layarkanlah bahtera cinta dengan penuh ketabahan. Agar ia kekal berlayar hingga ke seberangnya. "




cintha....

budak???


dua orang budak...
ada dua orang budak kecil.

seorang lelaki.seorang perempuan.mereka kawan baik.
bahagia sentiasa.suatu hari budak perempuan itu pindah rumah.
mereka dah tak rapat sangat,tapi masih berhubung.selalunya, budak perempuan itu akan hubungi kawannya itu.si budak lelaki hanya akan menunggu panggilan kawannya.
jarang sekali mahu menelefon.namun, apabila bercerita, ada saja perkara yang mampu buatsi budak perempuan gelak ketawa.
saya kira mereka masih bersahabat baik.masih seronok berkawan.
sejak akhir-akhir ini, budak perempuan itu sibuk sangat...sibuk dengan dunianya.tiada budak lelaki itu dalam dunianya.
suatu hari, dia terkejut.si budak lelaki hubungi dia.tapi dia sibuk.jadi si budak perempuan abaikan saja.tak sangka pula, itu mampu mengguris hati budak lelaki itu.lama selepas itu, dia rasa bersalah.
dengan perasaan berbelah-bahagi, dia hubungi budak lelaki itu.tapi kawannya tak seceria yang dulu.hambar.senyap.kaku."good bye". titik.
"minta maaf, saya rasa kaku."
"tak apa"
"maaf, saya nak tak nak cakap dengan awak"
"kenapa?"
"saya rasa terkilan"
"minta maaf"
"tak, saya patut minta maaf"
"tak tak, salah saya, saya minta maaf"
"hmmm.."
"tapi..............tak apa la"
"sorry"
"bye"
budak perempuan itu rasa sedih.kawannya tak memahami keadaannya.kenapa kawannya berkata sebegitu.dia benci budak lelaki itu.dia rasa kawannya tak adil.sungguh kebudak-budakan.perkara kecil pun nak digaduhkan.itu budak kecil.
memang kebudak-budakan...budak-budak.....

Beberapa bulan selepas pernikahan atas dasar cinta sama cinta, si isteri berkata kepada suaminya,
"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia....."
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk terpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.
"Abang akan mulai dulu ya", kata suami.
Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir.....
"Maafkan abang, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan..." jawab isterinya.
Lalu si suami terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia
"Sekarang giliran sayang membacakan senaraimu".Dengan suara perlahan si isterinya berkata "Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Saya berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah diri abang sendiri. Abang adalah yang terbaik bagiku. Tidak satupun dari peribadi abang yang kurang pada saya.... "
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya. Bahawa isterinya menerimanya sekadar adanya... Lalu si suami tunduk dan menangis.....Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan,depressi, dan sakit hati.
Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima disekeliling kita ?
Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.