~,~

terima kasih kepada seseorang yang sudi menghadiahkan bunga ini kepada aku...=) hari ni bilik aku masih di sirami bau bunga ni...5 kuntum ros merah...mungkin membawa erti 5 tahun? mungkinkah 5 perkataan, atau apa sahaja...

ia memberi erti yang amat besar dalam hidup ku... masih ada seseorang yang sudi membahagiakan aku, mengembirakan aku, dan mengambil berat akan aku...alhamdulillah...

walaupun semuanya masih samar dan jauh lagi, semoga ada jalan yang akan terbuka luas buat kau dan aku... terima kasih buat orang yang menghadiahkan aku bunga ini... i really2 like it...=)

24 Jam Tak Cukup!!

18/02/2011
hari ini, satu lagi hari yang sangat sibuk....
24 Jam rasa macam tak cukup jek... barulah sekarang aku rasa betapa sukarnya tugas guru...ramai yang kata kerja cikgu mudah, senang, seronok, boleh balik awal... tapi berapa ramai yang benar2 faham tekanan yang cikgu rasa... mentor aku bagitau dia hari2 tdo pukul 4 pagi...hari ni aku rasa apa yang dia rasa...

sampai sekolah hari ni pukul 7 pagi...watpe awl2??? wpun class start pkul 7.45 pg, sek aku dah start aktvt dr pkul 7.15 lg...GB lak pkul 7 mmg dah smpai... hari ni ada bacaan Yassin, then ada penyerahan anak angkat dan sebagainya. habis program ni dalam pkul 9...pkul 9 plak aku kne terus memanjat ke library sebab ada meeting...aku ditugaskan menjadi guru perpustakaan...akulah jugak ketua panitia, aku lah Su itu ini...

pkul 11 plak trus wat perjumpaan dgn pengawas perpustakaan...byk yang harus diubah dan diperbaiki...hurmm....pening, ditambah pulak dgn Kelas 4Jaya yang sememangnya menakutkan semua guru2...wpun hari ni hari jumaat, murid balik pkul12 lagi, tp pkul 2 barulah aku dapat balik...

24jam mmg tak cukup....

HARI INI HARI BARU...

7 Februari bermula satu lagi hari baru dalam hidup Khairunnisa... aku dan rakan-rakan lain telah berjaya dipostingkan....Alhamdulillah...aku dipostingkan di Negeri Sembilan...di negeri orang ini aku tinggal dengan seorang kakak yang aku panggil kak Sha...dia ni KPLI maktab aku jugak...cuma kami tak pernah berjumpa sebelum ini...tak taulah kenapa...di rumah kami semuanya serba kekurangan tetapi kami tetap bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh....hahaha...

mungkin telah ditakdirkan aku dan laut tak dapat dipisahkan...sekolah aku tepi laut rupa2nya...hari ketiga di sekolah ini barulah aku sedar di belakang sekolah ini ada laut... kat maktab pun tepi laut jugak..=)

aku ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia tahun 4...hahaha...
lepas ni perlu lebih banyak membaca buku-buku bahasa...harus memperbaiki Bahasa Melayu aku...aduhhh...pening kepala memikirkan bagaimana untuk mengajar BM sedangkan aku tidak dilatih untuk mengajar subjek itu...
dapat pulak jadi setiausaha skuad olahraga elit sekolah...haiii... selama ni tak pernah2 aku pegang jawatan setiausaha...macam mana ek???
terpaksalah aku belajar lebih kuat lagi...