SoMe NoTe

PETUA


 1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar
    kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

 2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah
    dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

 3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan
    menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

 4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi
    lebih kotor dari kebiasaannya.

 5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh
    jodohnya. Mudah murung & selalu berangan-angan. Urat - urat
    disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

 6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti
    keputihan pada liang vagina.

 7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

 8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat
    berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami
    sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah
    terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10.Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11.Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas,   
   boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah
   jantung.

12.Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala
   pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan  
   pendarahan yang terkadang terlalu banyak 

13.Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami
   keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih
  (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas
  kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14.Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung.
   Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah    
   diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15.Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan
   masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan 
   menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn  
   aktiviti hidup yg positif


_________________________________________________________






Tips Untuk Menghargai Pasangan


Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.







__________________________________________________________



Tips Kebahagiaan Suami Isteri…
Pastikan anda mencuba tips dibawah bersama pasangan anda…=)

1. Lagu – setiap individu mempunyai lagu kegemaran masing-masing, di mana lagu ini boleh menenangkan hati dan memberi semangat baru kepada pencinta lagu tersebut. Bagi memastikan hubungan anda berdua sentiasa mekar, pilih satu lagu, contohnya “Keabadian Cinta” yang diklasifikasikan sebagai “lagu kita”. Di mana apabila anda mendengar lagu ini, anda akan terasa bahawa pasangan anda sentiasa dekat dengan anda. Biarpun ketika anda dan pasangan berselisih faham, sebaik sahaja mendengar “lagu kita”, anda akan rasa tersentuh dan ingin berbaik semula dengan pasangan anda.

2. Ketawa – kata orang, “ketawa penawar duka,” jadi ketawalah bersama pasangan anda. Apabila anda ketawa, anda akan dapat merasai segala kebahagiaan bersama pasangan anda.

3. Kad – bagi memastikan hubungan anda sentiasa mekar, hadiahkan pasangan anda sekeping kad. Kad ini tidak semestinya diberikan sempena hari lahirnya, hari ulangtahun, valentine dan sebagainya, tetapi berikan kad tanpa sebarang sebab. Nyatakan rasa sayang dan rindu terhadap pasangan anda. Erm… tentunya si dia rasa dihargai.

4. Beri bantuan – pasangan anda akan amat menghargai jika anda seorang yang ringan tulang. Jadi, berilah apa jua pertolongan kepada pasangan anda tanpa disuruh. Tentu si dia akan rasa tersentuh dengan pertolongan anda. Sebagai contoh, bagi suami, jika anda bangun lewat, kemaslah katil tersebut. Jangan tunggu sehingga isteri anda mengemaskannya. Lagipun bukannya susah sangat mengemas katilkan?

5. Pendengar setia – dalam perkahwinan ikatan anda bersama pasangan bukan sahaja terikat sebagai suami dan isteri, malah lebih dari itu. Dengan itu adalah wajar bagi anda untuk mendengar apa jua masalah atau bahan cerita yang ingin disampaikan olehnya. Mendengar tidak semestinya memberikan pandangan atau nasihat. Setakat mendengar itu telah memadai!

6. Memahami – erm, sifat ini sukar untuk dilakukan jika kita tidak berusaha untuk mendekati pasangan kita. Tetapi jika anda cuba untuk memahami pasangan anda, tentu sahaja ia amat mudah untuk dilakukan, dan tentunya tidak akan timbul perselisihan faham.

7. Pujian – siapa yang tidak suka dipuji? Tentu sahaja anda juga suka dipuji. Dengan itu, jika pasangan anda melakukan sesuatu yang membuatkan anda terhibur, berikanlah si dia pujian. Dengan pujian, anda akan dapati pasangan anda lebih komited dan berusaha untuk menyelami hati anda. Itukan bagus…

8.Telefon – hai… ramai yang beranggapan perasaan rindu akan ‘merosot’ sebaik sahaja telah mendirikan rumahtangga. Anda silap! Sebenarnya perasaan ini akan terus menyala dan perasaan itu akan semakin memuncak, apabila salah seorang tiada di sisi. Contohnya, suami yang terpaksa bekerja di luar daerah akan menyebabkan si isteri kerinduan. Lebih-lebih lagi jika tempoh bekerja itu memakan masa yang lama. Jadi… apalah salahnya jika anda menelefon pasangan anda, setiap hari apabila anda berjauhan dengan pasangan anda, biarpun dalam jangka masa yang singkat!

9. Memimpin tangan – ha… ini lagi satu… Entah mengapa setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, jarang sekali yang saling memimpin tangan di tempat awam. Sedangkan masa bercinta dulu, seolah-olah tak boleh lepas! Apa kata anda memimpin tangan pasangan anda, walaupun di tempat awam. Tentunya pasangan anda lebih rasa selamat dalam pegangan anda.

10. Memeluk – peluklah pasangan anda setiap hari. Pelukan merupakan salah satu cara menyatakan perasaan sayang anda kepada pasangan anda. Impulse itu akan meresap ke dalam diri pasangan anda serta merta! Nyatakan rasa sayang anda bukan sahaja dengan kata-kata, malah pelukan juga berkesan!

Bukan susahkan? Selamat mencuba dan semoga anda dan pasangan dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan