Mencari Tempat Untuk Berteduh



Orang Yang Dapat Berteduh Di Padang Mahsyar

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).

Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -

"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:

1.Penguasaan pemimpin yang adil.

2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4.Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

7.Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim).

Sudahkah saudara memikirkan di mana di antara tempat yang 7 ini yang dapat saudara berteduh?

Renung-renungkan...

Selamat Jadi Cikgu~,~

CIKGU DULU DAN CIKGU SEKARANG.

Dulu.
Apabila sebut pasal cikgu
Ramai yang ingin buat menantu
Sebab cilgu pilihan no 1
Memang tak sempat umur 21...

Cikgu dulu
Pergi subuh balik pukul 1
Pergi sekolah berbatu batu
Niat di hati hanya satu
Supaya murid mendapat ilmu...

Sekarang
Apabila sebut pasal cikgu
Orang buat tak tahu
Malah ada yang malu
Hanya kerana gelaran cikgu
Sebab cikgu ini,banyak yang pilu...

Cikgu sekarang
Bukan macam cikgu dulu
Pegang rotan murid pun berlalu
Malah dibuatnya perangai hantu
Ada juga yang lontar batu...

Sebab itulah ramai cikgu
Yang mati kutu
Ada juga yang jadi tak menentu
Penghuni Tanjung Rambutan
Sudahnya tentu,
Gara-gara murid yang macam hantu...

Tapi cikgu tetap macam itu
Mengajar murid tugasnya no 1
Biarpun melalui jalan berliku
Kerana telah terpikul
Amanat cikgu...

~Selamat jadi cikgu buat semua guru-guru pelatih IPGM-KSM Semester 8 yang bakal menamatkan pengajian...~

Meniti Hari-hari Akhir...di IPG-KSM


2 November 2010...

tinggal satu paper jek lagi sebelum kami meninggalkan alam pengajian ini...hampir 13 hari sahaja lagi di IPG tercinta ini...meniti hari-hari akhir bersama teman2..majalah Cakna pun dah keluar hari ni...
macam2 rasa yang ada dalam diri sekarang...sedih, gembira, berdebar...macam-macam...kenangan selama hampir 5tahun 5 bulan di sini pasti akan sentiasa segar dalam ingatan...
buat teman-teman seperjuangan...terima kasih kerana telah sudi mewarnai dunia ku di sini... walaupun ada cerita suka, duka, pastinya kita akan merindui detik itu...
semoga perjalanan kita bukan sekadar di sini...teruskan perjuangan agar menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang...
maafkanlah segala kesalahan saya selama bersama kalian....

kau & aku adalah satu tak kira apa.....


Kau dan aku ,adalah satu

Tak kira apa

Segala rintihan aku ,

engkau selalu ada

Biar kata memisah kita

Biarkan saja

Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,

yang pasti akan aku

Sentiasa merasa kehilanganmu

Ku akan tunggu saat bertemu

Tiada henti

Walau dimana kita berdiri

Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,

walau warnanya menyala

Ingin merasa namun aku takkan cuba

Biar kata memisah kita

Biarkan saja

Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,

yang pasti akan aku

Sentiasa merasa kehilanganmu

Ku akan tunggu saat bertemu

Tiada henti

Walau dimana kita berdiri

Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti

Biar sampai akhirnya nanti

~Khairunnabilah~


ni namenye Khairunnabilah...
adik aku yang kedua... berumur 18 tahun...kami sekeluarga panggil dia ni adik je...sebab jarak antara dia dengan adik aku yang ketiga 5 tahun...ingatlkan dah tak dapat adik dah...hehehehhe....=D
dia ni baru je habis SPM....tengah tunggu panggilan ke IPT la sekarang....adik aku ni pandai menjahit...heheh...sebab dia ambil kos fesyen kat sekolah dulu....mungkin sebab tu memang minat dia dari dulu lagi....
dia ni merupakan satu-satunya adik perempuan aku....for sure la aku aku sangat sayangkan dia....
tapi aku tak pernah membezakan sayang terhadap semua adik-adik aku...
kadang-kadang ada jugak marah-marah adik-adik aku....
tapi marah aku bukan bererti benci...marah aku adalah untuk kebaikan adik-adik yang amat aku sayangi...
tak pernah terlintas dalam lubuk hati aku untuk membezakan sayang antara mereka....tak pernah jugak terlintas dalam hati aku untuk membenci mereka....
segala yang aku lakukan adalah untuk mereka...sejujurnya,aku belajar untuk mereka, aku risau untuk mereka,marah juga untuk mereka...
aku mengharapkan aku dapat membantu adik-adik aku di masa akan datang....
diharap adik yang yang sorang ni dapat mengejar cita-citanya sehingga berjaya....semoga menjadi anak yang baik, semoga perjalanan hidupnya sentiasa diredhai Allah...semoga berjaya selama-lamanya di dunia dan akhirat....

~Khairul Izwan~



yang sebelah Iman ni pulak adik aku yang ke tiga....

Khairul Izwan....

kami panggil dia Izwan je....Berumur 13 tahun....masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling....

Izwan ni pun suka melawa jugak... suka sangat bergaya....heheh=D kadang-kadang lawak tengok adik-adik aku ni...

mesti semua orang pelik,kenapa adik aku ni umur 13 tahun tapi still di sekolah rendah...sebenarnya adik aku ni special sikit.... dia ada masalah disleksia....sekali tengok,Izwan macam budak-budak lain....tapi sebenarnya,Izwan duduk dalam kelas pendidikan Khas...

mungkin ramai yang tak faham masalah ni...dan mungkin ramai juga ibu bapa yang tak dapat terima hakikat anak mereka ada masalah...tapi tidak mak dan abah aku...

banyak tenaga,masa dan juga wang dihabiskan bagi mengenalpasti masalah Izwan...Setahun berulang alik ke hospital setiap minggu...barulah masalah ini dapat dikenal pasti...akhirnya doktor mengesahkan Izwan ada masalah Disleksia...kecelaruan visual...Izwan dimasukkan ke Kelas Pendidikan Khas atas kebenaran Mak & Abah....

ramai yang cakap Abah bodoh...sebab masukkan Izwan ke kelas Pendidikan Khas....sebab tak hantar Izwan masuk sekolah menengah...sememangnya itu yang Abah nak...siapa yang sanggup bairkan anak belajar di sekolah rendah sedangkan dia sepatutnya bersama kawan-kawan sebanyanya di sekolah menengah.... biarkan anak di kelas Pendidikan Khas pulak tu...siapa yang sanggup biarkan anak-anak diejek rakan sebanyanya...

tapi abah & mak ada cita-citanya sendiri terhadap Izwan...daripada tak tahu membaca langsung,kini Izwan dah pandai membaca,menulis,mengira walaupun tak selancar remaja sebayanya...

kini,Izwan banyak menjadi johan olahraga, bola sepak dan juga futsal Zon Bangsar....Dia juga ditawarkan ke sekolah sukan....

terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Khas Sekolah kebangsaan Desa Petaling yang telah banyak membantu Izwan....

aku juga menaruh harapan yang besar terhadap adik aku yang ketiga ini...semoga segala-galanya berjalan lancar untuknya...semoga dia menjadi manusia yang berguna dan berjaya selama-lamanya di dunia dan akhirat...

aku harap Izwan akan menjadi anak yang baik...yang mengenang jasa kedua ibu bapa...telah banyak yang mak dan abah lakukan untuknya....

along sayang iwan sangat-sangat....

~Khairul Iman~



Ni Khairul Iman....


budak kecik dalam gambar ni merupakan adik aku yang ke empat...
berumur 8 tahun...budak ni manja sangat...sebab anak bongsu....


sekarang ni bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling... die ni tak suka minum nescafe....suka sangat makan sambal udang....
die ni suka sangat tiru aku & adik perempuan aku....
kalau kami pakai minyak wangi,dia pun nak pakai...
kalau kami pakai krim muka dia pun nak pakai...
lawak budak ni....

tapi, dia seorang yang penyayang....mungkin disebabkan dia merupakan anak bongsu...dibesarkan dengan penuh kasih sayang...

tapi, benda yang paling dia sayang mainan dia la...budak -budak katekan....=)
semua mainan dia tersimpan elok dalam kotak mainan tu sendiri....heheh...

bila dia abis main,dia akan simpan balik mainan tu dalam kotak dia balik...jarang budak kecik nak buat macamni....

pastu dia akan display mainan dia dalam almari kaca... bila ada budak lain datang rumah,nak ambil mainan dia,mulala nak nangis....hahah...

pernah aku hadiahkan dia bear patrick...sebab dia nak and suka sangat patrick......dah dekat 2 tahun bear tu...

tapi dia still simpan patrick tu dalam plastik...
bila dia rasa nak pegang...dia akan buka plastik,peluk patrick tu...cium sikit2...
then simpan balik dalam plastik....heheh....

aku sayang adik aku ni sangat2...semoga dia menjadi anak yang baik, bertanggungjawab,
dan mengenang jasa kedua ibu bapa...

semoga dia akan menjadi insan yang berjaya dan berguna selama-lamanya didunia dan akhirat....
aminnnn.....