Tanggal 15-17 Mac 2011...selamat berlangsung majlis Konvokesyen yang dinanti2kan oleh pelajar PISMP seluruh malaysia...bagi aku, 17 Mac itu penuh erti...
hari terbalas segala titik peluh, masa, dan wang ringgit yang dicurahkan selama 5 setengah tahun ini... hari ini kami melangkah penuh bangga membawa title cikgu dengan segulung ijazah...
bermakna sekali hari ini, mak dan adik sanggup mengambil cuti bagi menghadiri majlis ku ini... izwan yang sepatutnya ada latihan kayak sanggup pulang awal, dihantar oleh cikgunya ke rumah...makngah juga, terpaksa ambil cuti kerana aku... terima kasih yang tiada penghujungnya kepada seluruh ahli keluarga yang sanggup berkorban segalanya untukku... buat sahabat hati yang sudi menemani setiap masa, segalanya terbalas kini... hari ini kita seorang guru graduate...=P
kepada kawan-kawan, tahniah diucapkan...