~DaLaM 10 CaKaP 1 NomBoR~

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku ada apa ku cakap
Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku ada apa ku cakap

7 lu cakap ada 7 kereta ku
Siang dan malam enjoy lah kerjaku
Aku nak menari jangan lah lari

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap
5 lu cakap 5 kali tambah nasi
5 kali makan 5 minit lapar lagi
Dia siapa lagi sedarlah diri

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku ada apa ku cakap

Siang malam kira duit jadi hobi
Bangun pagi sampai lupa gosok gigi
Patut la bau macam ikan basi
Gaya pun sudah macam gergasi
Tandoori capati kentaki
Itu semua aku mau makan
Ayam itik panggang
Itu semua abang belikan
Ini makan minum sikit kasi kawtim
Kalau tidak kita akan balik kutip tin
Duit banyak lagi apa peduli

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

Muka ku macam Vijay bergaya
Cakap lu kawan orang tak percaya

Aku pun apa lah kurangnya
Cantik juga macam Aishwarya
Dari jauh ku tengok ingat beras punya guni
Datang dekat baru tau ini minyak punya tangki
Muka macam roti canai hangus
Banding dengan ketam, ketam lagi bagus.
Apa kau peduli
Duit banyak lagi

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku ada apa ku cakap
Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku ada apa ku cakap

7 lu cakap ada 7 kereta ku
Siang dan malam enjoy la kerjaku
Aku nak menari jangan lah lari

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap
5 lu cakap 5 kali tambah nasi
5 kali makan 5 minit lapar lagi
Dia siapa lagi sedarlah diri

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

Exam Terakhir...

9 November 2010, Hari ini merupakan hari terakhir kami mengambil exam di IPG ini...=) paper untuk hari ini adalah Analisis Wacana dan masyarakat...wahh...dah 5 tahun setengah rupanya kami disini...pejam celik, pejam celik dah sampai ke tahap ini...akhirnya kami semua akan bergelar guru...guru terlatih dari Institut pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan... teruja rasanya bergelar guru... walaupun tahu pelbagai dugaan yang bakal kami tempuh kelak...



haha...jangan ingat jey yusuf je boleh upload gambar slip exam...hihi...=)

ingat nak pi kedai frame la kejap lagi...




gambar ini diambil sebelum kami semua menduduki paper terakhir...semua muka gembira walaupun dalam hati asyik berfikir nak jawab apa kejap lagi..hahah...



kad matrik baru sebelum tamat pengajian??? hahaha...lagi 5 hari nak habis study baru dapat kad matrik???anggap jela cenderahati sebelum kite keluar ye kawan-kawan..=P


kepada kawan-kawan semua...tahniah kerana berjaya menghabiskan pengajian di sini... setelah 5 tahun lebih bersusah payah, bersengkang mata, akhirnya kita sampai ke hari ini...semoga persahabatan ini kekal abadi...I Love U All...


KAMI CIKGU...!!! =)

Langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar

Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar kita

Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Bahan seperti karbon monoksida dan hirokarbon merupakan kesan sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia. Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada terus dicemari.

Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.
Racun makhluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam bentuk semburan yang mengandungi gas metana (methane) perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh mencemarkan dan membocorkan lapisan ozon. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluas. Ini dapat mengelakkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekitar.


Dalam keghairahan menjadi negara industri, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkurang. Pengurangan kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air bersih. Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan, kawasankawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu dalam proses pemeluwapan.

Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti. Pihak kerajaan hares memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ini penting kerana buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Stesen-stesen janakuasa di Malaysia menggunakan bahan api seperti gas asli, disel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur dioksida. Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di bumf. Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.


Ringkasan Cara mengatasi

1) Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula
2) Elak penggunaan racuk makhluk perosak (gas metana) ia boleh mengakibatkan pencemaran dan penipisan lapisan ozon.
3) Penggunaan kaedah pengawalan serangga secara biologi
4) Mewujudkan hutan simpan
5) Penguatkuasaan undang-undang.
6) Mengetatkan kelulusan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang/industry yang merbahaya/yang mencemarkan alam sekitar.
7) Mengurangkan penggunaan bahan api seperti gas asli dan arang batu kerana ia menghasilkan gas sulfur dioksida (contohnya: penggunaan arang batu di empangan hidroelektrik)

Bentuk-bentuk Wacana?

Bentuk-bentuk Wacana


1. Deskripsi

- Wacana yg berbentuk pemerihalan, penerangan, pemberitahuan, atau pengambaran lengkap ttg sesuatu perkara proses atau peristiwa kepada pihak lain.

- Menerangkan maklumat tentang apa, siapa, bila, bagaimana, seada atau seobjektifnya.

- Tiada tokok tambah

- Matlamatnya supaya pembaca mendapat maklumat, gambaran, atau imej jelas tentang perkara tersebut.

- Boleh dilakukan mengikut kronologi, perbandingan keadaan, rujukan pada peristiwa yang berlaku.

Contohnya : berita dalam surat khabar, radio, tv, buku teks, minit mesyuarat dan laporan


2. Eksplanatori

- Bersifat penjelasan

- Menerangkan secara mendalam dan lanjut tentang sesuatu perkara, peristiwa, atau proses.

- Merupakan perluasan wacana deskriptif.

- Menerangkan mengapa/sebab, akibat, faktor, kesan, dll (secara terperinci)

Contonya: dalam proposal sesuatu projek, manifesto pilihan raya, dan laporan terperinci sesuatu perkara.


3. Argumentasi

- Bersifat penghujahan.

- Banyak menggunakan proses penaakulan

- Mengemukakan pendapat atau fikiran pewacana tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta yang telah diketahui.

- Melibatkan pembentangan bukti-bukti yang munasabah dalam format tertentu yang dapat diterima.

- Bersifat membahas.

- Merupakan wacana deduktif

- Untuk mempengaruhi/memujuk orang lain

Daripada percaya kepada tidak percaya

Tidak setuju kepada setuju , dll.


4. Instruksi

- Bersifat tunjuk cara atau panduan

- Contohnya: untuk menunjukkan proses melakukan sesuatu.

- Mudah difahami kerana menunjukkan langkah demi langkah

Contohnya ; rancangan masakan di tv, buku panduan pengguna (user manual) , risalah tentang langkah-langkah mengelakkan penyakit , dll.


5. Narasi

- Bersifat penceritaan/pengisahan

- Mempunyai cirri pengambaran

- Bezanya dengan deskriptif ia mampunyai unsure peristiwa yang disampaikan secara kronologi atau urutan

Contohnya : cerpen, novel, hikayat, anekdot, dll.

WACANA-Apa itu ZOPFAN???????

ZOPFAN

Latarbelakang

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.



Rasional

Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:

(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.


(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.


(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.

Objektif

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.



Strategi Pelaksanaan

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-

(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan


(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.


(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Konsep pengecualian ZOPFAN,


(I) Menghormati kedaulatan negara.
(ii) Semua kuasa luar di singkir dari kawasan serantau.
(iii) Dilarang kawasan serantau menjadi medan petempatan di dalam perebutan kuasa antarabangsa.
(iv) Negara Asia Tenggara mesti memastikan negara-negara ahli dalam perdamaian.
(v) Mengemukakan pandangan kolektif kepada kuasa-kuasa besar
(iv) Meningkatkan kerjasama serantau.

Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

KESAN JANGKA PENDEK ZOPFAN

ü Layanan yang sama dari blog2 tertentu

ü Perkongsian maklumat (pendidikan, teknologi, pelancongan)

KESAN JANGKA PANJANG ZOPFAN

ü Bebas daripada senjata nuclear

Keamanan (tiada perperangan, pertumpahan darah, dan kehilangan nyawa)

~Hari Kiamat~

Gambaran Hari Qiamat


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi